Selamat datang ke Hajjanie Shoppe! Idea untuk merealisasikan Hajjanie Shoppe datang dari pengalaman saya yang merasakan agak susah untuk mencari pakaian Muslimah yang benar-benar mencukupi syarat menutup aurat dan pada masa yang sama agak 'trendy'. Memang ada butik-butik di luar sana yang menyediakan apa yang berkenan di hati tetapi harga yang ditawarkan selalunya terlalu tinggi dan hanya mempunyai saiz kecil sahaja.
Justeru, di Hajjanie Shoppe, kami mempunyai tukang jahit yang dapat merealisasikan impian anda dengan menyediakan pakaian Muslimah seperti jubah, blouse, seluar palazo, skirt dan tudung yang seboleh mungkin tidak menonjolkan bentuk tubuh. Saiz yang kami sediakan adalah 'free size' yang boleh dipakai oleh mereka yang bersaiz 'M' hingga 'XL' namun sekiranya ada permintaan untuk saiz yang lebih besar atau kecil, insyaAllah kami akan cuba sediakan mengikut syarat yang tertentu.
InsyaAllah di Hajjanie Shoppe juga kami akan cuba sedaya upaya untuk menawarkan harga yang berpatutan dan akan memastikan kain yang digunakan adalah berkualiti. Oleh kerana kesemua pakaian yang akan kami sediakan dijahit sendiri oleh tukang jahit berpengalaman, kuantiti yang disediakan pada satu-satu masa mungkin agak terbatas.
Kami akan mempamerkan produk kami dalam sehari-dua lagi. Kepada para pelanggan yang dihormati, terima kasih kerana sudi singgah di Hajjanie Shoppe, jemputlah datang lagi untuk melihat produk yang bakal kami tawarkan....
Salam perkenalan dari kami di Hajjanie Shoppe.....

